Friday, December 20, 2013

The Professional Learning Facilitator Program.



The Professional Learning Facilitator Program.
By  Mohd Rizal Hassan
collaborated with Khalifah School, Ampang
‘Sapa yang angkat tangan dan jawab, akan dpt satu bintang.Klu 5 bintang, dpt gelaran Datuk, kalau 10 bintang, Tan Sri’
Wah.. smua semangat nak gelaran Datuk..maka ramailah yang berani angkat tangan.
Bilangan peserta kali ini tidak ramai tp lagi bagus sebab lebih bnyk perhatian yang dapat diberikan oleh Rizal.

Program ini dijalankan selama 2 hari tetapi saya hanya pergi sehari kerana ada program lain esok. Terkilan juga..
Bintang pertama yang sy dpt adalah kerana dapat memberi persamaan dengan rakan sebelah. Rakan saya adalah Hareezah. Apa persamaan kami? Orang utara, ambil nursing dan usrah yang sama. senang ja kan tapi tu pun kena perah otak juga.
Banyak la bintang yg dpt dikumpulkan.. Dari takut jadi confident(bukan takut vs berani ye). Sebab apa? kerana dorongan nak jadi Datuk.. J
Satu lagu method adalah kami tidak menepuk tangan jika ingin berikan tepukan tapi kamu ketuk meja.. Kerana apa? sebab lagi kuat!! lagi semangat.

Puji-puji-smash
Ini adalah satu method untuk menegur seseorang. Kenapa kena puji dahulu. Kerana manusia memang suka dipuji! fakta! Bila seseorang dipuji, telinganya membesar, hatinya terbuka maka bila kita smash(memberitahu solutionnya), maka tidaklah dia melenting. senang kan? Cara menegur
Salah: Rambut kau panjang tu.
Betul: Kalau kau potong rambut mesti segak.
Nampak tak? Terus ke solution.

Lilin
Kami dikehendaki membuat tangan ‘Bagus’. Kemudian diberikan scenario ‘Sekiranya hanya orang pertama sahaja yang mempunyai api di lilinnya, bagaimana orang tersebut mahu memastikan lilin2 kawan lain juga ber’api’’ Maka, cepat2 orang pertama pass kan api sampai ke orang terakhir. Dalam masa 2 minit juga la.  Keadaan ini sama seperti sikap memuji orang lain jika kita biasakan, maka orang lain akan ikut walaupun mungkin 2 tahun baru kita dpt lihat puji itu dibudayakan..makan masa yang lama untuk membawa perubahan.
‘Kemudian, cuba tiup api di lilin masing-masing’ . Tak sampai satu saat kan. Maksudnya, kalau nak buat keburukan, cepat saja..sekelip mata.

Jangan Mem’bagau’ kan diri( Stop Bangauing)!
Pernah dengar lagu bangau o bangau? apa isi lagu itu? bangau menyalahkan orang lain dan begitu juga seterusnya sampai ke sudah. sapa salah? katak?hujan? ular? semua dipersalahkan. Macam kita la. Kenapa adik kita teruk macam ni? sebab ibu ayah? guru? salah panggung wayang? salah tukang sapu ke? Marilah koreksi diri. Marilah muhasabah diri. Apakah salahku? Di mana salah aku mendidik adikku? Rakan-rakan, usahlah mem’bangau’kan diri.

Train vs Learn
Kami diberikan masa untuk berbincang apa bezanya train dan learn. Kenapa kami pelu berfikir? kenapa tidak terus Rizal beritahu jawapannya. Kan senang? Ini kerana kita PERLU berfikir. jangan diSUAP ja.. Panas~~(kibas telinga)
Train adalah one way. Contohnya: Sita train anjing beliau.( anjing tidak boleh membalas semula)

Learn adalah two way, Contohnya: Pemudahcara (fasilitator) Mereka berkongsi ilmu sambil itu mereka juga belajar. Ilmu perlu berkongsi kerana ilmu itu kan milik Allah.

Kepada Guru-guru di luar sana pilihlah untuk menjadi Pendidik / Learning Facilitator kerana anak-anak kami tidak memerlukan guru yang hanya GURU.

Poster guna power point ja

Siapa yg tak ada adobe, jgn la sedih tak dpt buat poster yang best2..boleh ja..ni naqibah sy yg ajar..alhamdulillah banyak pahala dia. siapa nak belajar, boleh..kena dtg HUKM la :)




Godaan tudung canggih

Allahu rabbi..tetapkanlah iman kami..
                                                    Ex kucing jadi model

Buka fb ja, mata dihidangkan dengan dress yang cantik ala-ala princess, ada lace, tudung canggih, tudung yg boleh buat solat terus, sarung tangan cincin pun ada, yg renda2 pun ada, outerware, jubah yang lycra, tak lycra, chiffon, warna macam2...mata ni dah teruja..'nak krj, ada duit, siap la..memang aku beli dah'..alhamdulillah ada duit tapi nak guna..huhu (ayat abah)...

Ustaz: perkara pertama yang perlu didakwah adalah akidah. Allah yang berhak disembah. akhirat yg dituju. dunia sementara. Rasulullah juga menerapkan tentang akidah dahulu.. baru la dtg bab aurat. Oleh itu, para wanita khususnya; bila mantap akidahnya, baru tahu kenapa kena tutup aurat, boleh ka pakai telekung warna warni, boleh ka pakai baju warna warni, boleh ka pakai tudung canggih2.

ustazah(ikim) : pernah tengok orang asing seperti indon dan bangla?? bagaimana mereka kerja? mereka sungguh2 kan? sebab apa?
~ sebab mereka nak hantar wang pada keluarga mereka di sana. mereka sanggup OT, kerja kuat, ambil risiko, buat kerja yang kotor dan bahaya..mereka sanggup.mereka pedulikan stigma masyarakat. mereka dipandang hina..mereka tidak kisah.matlamat mereka adalah kumpul wang untuk deberikan pada anak2 dan suami/isteri.

~kita juga perlu seperti mereka.kita adalah musafir dunia..destinasi kita adalah AKHIRAT.. dunia ini RnR. kalau RnR, ada tak kita nak bina rumah mewah2?, tandas yang beribu riban...
eh..ada juga yang nak bina tandas yg selesa kat RnR..siapa? mereka yang bina itu supaya dapat bermanfaat pada org lain dan mereka peroleh pahala itu..ada org yg bina tu nak tunggu situ, jaga tandas tu? idok le(org perak)..mesti la teruskan destinasi kan...

smile and remember Allah
aim: selawat 70 kali sehari

Rujukan reseach

i want to share about my research' reference. i can suggest zotero as your choice to keep your journal. it is user friendly.. learn it from one that know to use and near to you.. ~~

Taare Zameen Par, Like Stars on Earth

Taare Zameen Par, Like Stars on Earth 

Cerita ini diterbitkan pada tahun 2007..cerita ni dicadangkan oleh kwn sy.. minit ke 50 dan ke atas memang sangat menyentuh hati..this film should be watch by all people especially teachers. this story is about a children that cannot write, read and always scold by his teacher. then, come a new art teacher and find that this boys are depress and this boy are very special children. teacher or doctors should learn on how to tell the family about their children. in this film, amir khan was showing a chiness word and ask the father to read by the father cannot read.this show the father about his son frustration. 

cerita ini membuatkan hati rasa 'kesiannya anak-anak aku.how depress there are to face this stressor.' even this children may have suicidal tough.  

amir khan and the special children.pandai sangat dia berlakon. 

 

tengok la cerita ni kalau rasa-rasa tak da kerja dan nak tgk movie. happy watching

Wednesday, September 11, 2013

Final year!

assalamualaikum...

this is my final year as UKM nursing student..insya Allah..pd masa yg sama aktiviti lain brjalan seiring.. tapi mungkin akan pencen semester pdn disebabkan oleh takut tak dpt beri komitmen.. sb ada research.. smoga dipermudahkan... di sini disertakan bbrp hasil kerja sy (dgn izin Allah) utk dilekatkan di board surau..tema dalah simple, menarik dan smoga sy dpt pahal jika org mengamalkannya,,for our BEST(nama surau kami)






Research

Research dan tahun akhir tidak dapat dipisahkan.. memikirkan tajuk sahaja membuatkan saya menghadapi tekanan.. saya ambil keputusan untuk menanyakan senior untuk mohon pendapat..ini adalah jawapannya..

This is my opinion. 
We should focus on three areas: 
1. Effective Care and Health Outcomes (ECHO) 
2. Nursing Health Systems 
3. Critical Approaches to Health and Health Care Elaboration: 

1. Effective Care and Health Outcomes (ECHO) 

This part we focus on quality of care. My interest is on the spiritual needs of nurses and impact on patient behavior, satisfaction and healing process. We also can do research on the importance of spiritual needs among chronic patients for the quality of life and peaceful death. Patient education (family-centered/caregiver) impact on quality of care and prevent of readmission among chronic patient/ stroke patient. This area focus on feeding esp RTF- prevent aspiration pneumonia, Nutritional status, Bedsore prevention, maintain skin integrity, medication administration, CBD how to manage bladder distended- like using hot compress, what to do if still not improve after do hot compression. Create a package of patient education in simple, creative and interesting. These are the common problems. I have experienced with my patient. The caregiver really needs the knowledge. Include how to assess the level of understanding in taking care of patients. 

2. Health System 
Focus on How to help caregiver in the community to get knowledge through telehealth..use current technology maybe fb? smart phone? or etc... We can do research on what the needs of the caregiver in term of knowledge. Again to create a pathway for that.

 3. Critical Approaches to Health and Health Care 
Now this part very critical how nurses with bachelor if nursing could contribute in development of nursing profession and quality of care... or level of confidence of nurses diploma and bachelor of nursing impact on nursing care... 
Reference: Google scholar, Try American Nurse Journal (ada kat library: tanya en aslan) 

 SELAMAT MAJU JAYA! NIATKAN KAJIAN UNTUK MENCARI REDHA ALLAH DAN DEMI KEBAIKAN UMMAH.INSHA ALLAH DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. DAH BUAT KAJIAN TAJUK, ISTIKHARAH, THEN TAWAKKAL. "

Illahi Engkau yang kutuju redhaMU yang kucari, Kurniakan kepadaku mengenali dan mengasihiMU"- Prof. Dr. Muhaya Muhammad 

-alhamdulillah..dapat sudah idea...
-yuk, mari tempuh final year dengan izin Allah...

Wednesday, May 1, 2013

Widak


Ini adalah video yang dibuat oleh saya selama sehari suntuk. khas untuk senior medic yg dikasihi.. sayang smua kerana Allah..
https://www.youtube.com/watch?v=pf_39dkk1c4&list=PLDAaLNvbPp_9kBNxrMrt3-9VjjKskBus1

Tips kepada ibu mengandung

Asslamualaikum..

Alhamdulillah dah posting labor room. Banyak pengalaman yang boleh dikutip. Nak berkongsi tips untuk mudahkan bersalin tanpa episiotomy atau tears. Kesan jahitan untuk ibu bersalin adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan ibu trauma untuk bergerak. Apa yang boleh dikongsikan di sini ialah senaman yang diamalkan di luar negara. Malang sekali, di Malaysia kurang dititikberatkan.

Menurut CI( Clinical Instructor) saya, untuk memudahkan bersalin terutamanya anak pertama, amalkan senaman yang khas untuk ibu mengandung. boleh lihat di You tube. Amalkan insya Allah mudah untuk bersalin dan mengelakkan daripada jahitan episiotomy. https://www.youtube.com/watch?v=Bi2zZ6U3ZPc

Thursday, April 4, 2013

BTN di Langkawi

 Helang.. yes, sy di langkawi.. hanya 3 orang bakal nurse dan yg lain adalah bakal guru..55 orang bakal cikgu.. satu kelainan dari BTN sebelum ni(semua nursing) kerana bakal cikgu mempunyai kemahiran bercakap di hadapan. mungkin sebab banyak practice dan presentation.. tahukah anda, sy teringin menjadi seorang pendidik terutamanya kepada kanak-kanak kerana kanak2 usia 7-14 tahun merupakan tempoh masa yang mereka menjadikan cikgu sebagai idola mereka..apa yg cikgu cakap semua betul sampai mak ayah cakap pun tak ikut.. power of teacher.. bila tengok bakal guru-guru ni, sy tak risau hantar anak-anak sy ke sekolah.. they are osem, sgt baik, sgt menyuntik rasa ketuhanan, sgt lembut, sgt berpengetahuan luas.. inilah mutiara yang dihasilkan di bumi Malaysia..bukti tak semua remaja itu rosak!..i am proud to be ISLAM and MALAYSIAN.






kesimpulan: setelah mendapat input dari BTN, sila buat research sikit tentang kesahihan input yg anda dpt.  balik daripada BTN, apa yg sy baca bukan di blog (sebab tak tahu kesahihannya). sy baca buku aku pun melayu yang ditulis oleh zaid ibrahim dan buku politik dalam Islam..pertanyaan yg sering membelenggu setelah melawat makam mahsuri.. betul ke cerita tentang mahsuri??

Tuesday, March 5, 2013

Mukhayyam

Alhamdulillah pada 2& 3 mac 2013, sy dan akhawat yg lain berjaya menamatkan sesi mukhayyam kali ini dengan tema Sayonara Jahiliyah. yang dikendalikan oleh mak cik2 yg sempoi..mak cik ani, cik ila, cik hanim.. rs secure dan disayangi sangat..

mcm biasa, peserta akan diberi tugasan.. kali ini tugasan ialah
1. hafal surah at taubah ayat 38 dan 41(menceritakan tentang jihad-sesuai dengan situasi di Lahad Datu)
2. hafal 2 hadis
3. habiskan juzuk 23

Ice Breaking
Mak cik Ani yg conduct. Cik ani merupakan seorng pelukis yang tidak kurang hebatnya dan beliau sangat happy go lucky. permainan dimulakan dengan berkumpul dlm kumpulan mengikut
1. Institut yang sama
2. Tempat lahir yang sama
3. Saiz kasut yang sama

kemudian kami duduk di dalam bulatan besar dan diberikan kertas lukisan dan pensel. kami dikehendaki melukis wajah diri sendiri. kemudian, kami diarahkan untuk melukis wajah seorang rakan.

ibrah:
- non judgemental sangat penting dalam satu perhubungan.
- mengenal seseorang adalah penting sebelum judge seseorang
- jika kita melihat seseorng dengan pandangan yg jelek, reflek diri bahawa kita sendiri tidak sempurna dan tidak baik sentiasa.





Jahiliyyah dan Ghazwatul Fikr
 istimewa dari Prof Harlina Siraj yang memulakan sesi dengan menyuruh kami meletakkan tanda nama di hadapan kami supaya mudah untuk beliau berinteraksi dengan kami. sesi yang sangat interaktif.
Apa itu Jahiliyyah: Jahiliyyah adalah "the state of ignorance of the guidance from God"
Ghazwatul Fikr : serangan pemikiran

kenapa kita perlu tahu tentang Ghuzwatul Fikr? supaya kita tidak menjadi golongan yang  diserang!
apakah 8 contoh Ghazwatul Fikr?
1. Pergaulan bebas
2. Eksploitasi wanita-wanita dijadikan model di dalam iklan(iklan cat pun kena wanita seksi)
3. Ekonomi-riba
4. Fesyen tidak menikut syarak
5. Hiburan yang melalaikan
6. Amalan syirik-tangkal, hantu
7. LGBT
8. Aspek rohani diketepikan- study lagi penting dari solat
9. Budaya vs Agama- adat yang diagung-agungkan sehingga menyusahkan
10. Sistem pemerintahan sekular

Prof  Har juga menceritakan pengalaman beliau ke Istanbul, kisah beliau yang jatuh cinta dnegan sejarah dan kisah Sultan al Fatih ketika kecil dan kisah peperangan beliau.

Badan Sihat Daie bersemanagat
Setelah explorace di tasik, kami disajikan perkongsian oleh kak aisyah yang berlatarbelakangkan study di Scotland. banyak pengalaman dan perbezaan yang dikongsi.
kak aisyah merupakan penulis blog Muharakah
antara perkara-perkara yang disentuh ialah:
- kenapa mak-mak cik sanggup menhabiskan masa hujung minggu untuk organise mukhayyam ini? kerana generasi mudalah yang bakal mentadbir negara
-apa persiapan nurse@ doktor jika berlakunya peperangan? knowledge(kepakaran dalam sesuatu bidang supaya dapat merawat tentera yang cedera)
-siapa yang comfirm masuk syurga? (nabi dan para syuhada)
-apa tanggungjawab dan peranan seorang akhawat dalam rumah tangga dan dakwah? (perempuan dikurniakan oleh Allah mempunyai bakal multitasking. masak sambil dengar ceramah, kemas rumah sambil dengar IKIM.)
kesihatan meliputi 3 aspek iaitu
1. Fizikal
2. Mental
3. Emosi

jadikan qailullah sebagai rutin untuk terus aktif hingga ke malam

Kesimpulan( dari peserta)
-Low expectation kalau berjumpa dengan orang kerana dengan ini, kita tidak akan kecewa.contoh: jumpa dengan doktor. tanya soalan tentang sesuatu disease. doktor tak tahu @ lupa. " eh. bukan korang belajar ke?"
 -ramai yang mencari agama di luar sana tetapi tidak tahu bagaimana hendak mulakan atau menunggu someone approach

sekian

Friday, March 1, 2013

Kuliah Jumaat Mingguan

Alhamdulillah masuk sem baru, maka beberapa program telah dianjurkan untuk memberi semangat kepada pelajar.. semangat kerohanian sangat penting dalam mengharungi kehidupan..  antarannya ialah Kuliah Jumaat mingguan..organisasi oleh pelahjar Kejururawatan Tahun 3


Ini adalah poster untuk minggu ni..dibuat Nur Sharifah..




Ini adalah artikel tentang niat yang berkaitan dengan cantik dalam. dibuat oleh mardihah dan nur ajeerah




pengisian diberikan oleh kak maryam berkaitan dengan niat yang berada dlm chapter 1 dalam buku hadis 40.

Monday, February 25, 2013

sirih pulang ke gagang

salam..
mggu cuti berbaki lagi seminggu..
'sapa lagi yang pergi?'
'tak dak..org sorng ja..kwn lain tak p'
'awat hg nak p jugak? tak segan ka?'
'ermmm'

hati mula berbelah bagi..nak pergi atau tidak..kalau pergi, nak pergi mana dulu..nak daftar di mana..pelbagai persoalan menerjah..
hati berbisik 'pergi je la..kat sana dapat kawan baru'
hati bulatkan tekad..ceramah dari ustazah rohkiah perlu dihadiri..bak kata komen di fb, best ceramahnya..


sampai di KMPP, hati berbunga riang sejak masuk selekoh jalan lurus ke KMPP.. kami mencari-cari tempat pendaftaran..alangkah sedihnya, tidak ramai pun seperti sangkaan aku..perempuan hanya 4 orang.. itu pun setelah habis ceramah, ada lagi 2 orang..yang bestnya, sama batch dan sama kuliah!
kami pun berborak sampai pukul 2.. esok ada qiamullail..Alhamdulillah berbaloi pergi walaupun sehari..

ceramah ustazah sangat best..mentadabbur ayat 27 surah al anfal..tentang AMANAH..namun menyedihkan kerana pelajar KMPP sekililingku sibuk dengan gajet masing-masing; instagram, fb, twitter..sedih, sedih, sedih...

pagi tu jalan-jalan di KMPP dan makan roti canai di bawah jambatan di depan KMPP..sedap!

Ya Allah bantulah aku untuk menyumbang kepada pelajar KMPP ini..bantulah dan tunjukkanlah jalan kepada ku..









Friday, February 8, 2013

poster valentine

valentine bakal tiba.. saya ditugaskan untuk buat poster..ayuh 'perang poster'

lagi poster relaks dengan solat

edit dari artikel sebelumnya.. kenapa highlight kepada peniaga?kerana risalah ini sy berhajat untuk mengedarkan pada para peniaga.. saya juga peniaga..ayah saya, abang saya, kakak saya, pak teh saya, mak su saya..kami peniaga..alhamdulillah keluarga saya semua solat.. tp orang lain?? ramai.. terlalu ramai yang tidak solat..Allahuakbar..siapa yang memberi mereka rezeki??


"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."
Q.S Hud : 6
  
saya sedih dan sering memikirkan macam mana cara nak ajak mereka solat? saya tak kuat untuk mengajak mereka solat..dakwah itu seni..jadi, dengan izin dan hidayah dari Allah, terhasillah artikel ini.. insya Allah saya dan kawan-kawan akan mengedarkan risalah ini di pasar malam yang berdekat agar dapat menyentuh hati-hati saudara seIslam ini untuk menunaikan solat..sesungguhnya solat itu perkara pertama yang dihisab di akhirat kelak..

Thursday, February 7, 2013

cannot sleep

first time minum nescafe sb ingatkan nak hbiskan stock(terbeli..rupanya nestle) minum pny minum, dgn izin Allah, tak boleh tidur..maybe excited sebab nak balik jgk setelah 2 bulan tak balik rumah..setelah mengulangkaji mental health module iaitu last exam untuk sem ini, inilah kerjanya

Tuesday, February 5, 2013

niat..

berapa orang yang sebelum pergi kerja, dia betulkan niat??

ayuh, kalau sudah buat, tahniah.
kalau belum, ayuh!
kita mulakan hari ini.
sebelum melangkah keluar rumah..

'bismillah..
Ya Allah, berikanlah cahaya di atasku, di bawahku, di depanku, disisiku, di pendengaranku, di penglihatanku dan dihatiku.sesungguhnya Kau pemberi cahaya'

selawat dan langkahlah dengan niat kerana Allah.
 untuk mengutip pahala,
untuk gembirakan orang lain dan
kurangkan cakap tentang diri.
banyakkan mendengar. Listen!
banyakkan istiqfar..


(tangan yang menaip lagi dekat dengan orang hati orang yang menaip. untuk diri sendiri juga)

semua orang boleh jadi nurse..

assalamualaikum..

telah ditakdirkan tok(perempuan) aku di pahang telah jatuh dan patah tulang peha..dibuat operation di hospital temerloh dan kini tuk saya dibawa pulang ke rumah kami.. sepanjang tok sakit samaada di hospital dan di rumah, mak saya yang menjaga.. dia seperti seorang nurse..mandikan, ambilkan air sembahyang, tukar pampers, sembang-sembang, bagi ubat.. ya Allah, banyak hikmah di sebalik musibah ini..  semoga mak sabar dalam menjaga tok..

ya Allah,
ampunilah dosa ibu dan ayaku,
kasihanilah mereka,
berikanlah rammatMu kepada mereka,
gembirakanlah mereka ketika mereka berduka,
murahkanlah rezeki mereka,
berilah kecukupan kepada mereka,
berikanlah kepada mereka hidayahMu,


Ya Allah,
berikanlah kami kefahaman untuk mengenalMu,
mencintaiMu,
mencintai kekasihMu iaitu baginda Rasulullah S.A.W,
kumpulkanlah kami di syurgaMu,
jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu,
kabulkanlah permintaanKu ya Allah.

semua orang adalah sama .yang membezakan kita di mata Allah ialah TAQWA.

Friday, February 1, 2013

exam year 3 sem 1

Alhamdulillah presentation nursing theory dan nursing informatic dah habis..bermulalah study week..
study week for only 3 days??what??ok la tu..tak payah lama-lama sebab tak sabar nak balik kulim. I miss my family so much.. 2 bulan stgh tak balik rumah..
my first study week is with my group members farah, lukman, kak pah, atiqah, ayu..they all are osem.. terima kasih semua.. insya Allah berkat doa kita dan usaha kita, kita akan peroleh kejayaan yang cemerlang..
BUT..
I always pray that kita kan peroleh kejayaan yang sebenar iaitu:

Jannah!!

Sebelum study, betulkan niat,  baca doa, dan mulakan dengan bersemangat.. tapi sebelum kami berkumpul, kami diberi tugasan masing-masing untuk dibaca,dan faham. sewaktu study group, orang tersebut perlulah menerangkan subject itu.. banyak sangat dapat.. prinsip kami, 'study bukan untuk lulus exam' ..

our presentation in nursing theory get no comment at all! komen juri, 'good, simple dan penerangan yang jelas' alhamdulillah... this is the most pressure time for me..
our nursing informatic pulak, we present only 10 minute instead of 20 minutes that given by lecturer.. I am simple person..
semoga Allah kira ini sebagai ibadah..
amin..

Friday, January 25, 2013

Solat Hajat 25 jan 12013

perkongsian dari tazkirah pendek majlis solat hajat tadi..
alhamdulillah kerana diberi kesempatan dan dipilih oleh Allah utk berjemaah bersama-sama dengan rakan-rakan seangkatan.. jelas tujuan hanya untuk mengejar keredhaan Ilahi

-ramai/ berjemaah membawa kepada berkat dan makbulnya doa tersebut.

-antara sebab-sebab doa ditolak adalah kerana maksiat yang dilakukan.antaranya maksiat mata yang sangat susah untuk dijaga.


“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31)


ayat ni ayat suruhan kepada lelaki dan wanita ye..jangan tengok aurat berlainan jantina. marilah kita bermujahadah melawan nafsu..dush syaitan!! (*to syaitanss, padam muka kau)

-selain itu, perlulah kita menjaga makanan kita

'halalan toyyib'-halal dan baik

-pastikan makanan kita dari sumber yang halal dan baik untuk kesihatan(jgn maggi dan 'burger bakar' hari2 ye. sebenarnya tak mampu pun)

-info kesihatan: semasa memasak, garam hendaklah diletakkan ke dalam masakan setelah api dipadamkan sebab menyebabkan banyak penyakit(lebih saintifik, sila google sendiri ye!)

bab yang terakhir yang membuatkan semua mata yang bulat jadi segar bugar-kepada lelaki dan wanita bujang(tambah2 yg tahun 4 dan tahun 3) sebelum sambung master, bleh la suruh mak ayah carikan.. jodoh tak datang bergolek!!mari berusaha!


di sini saya ingin megambil kesempatan untuk memohon maaf atas segala silap dan salah saya. Saya maafkan kesalahan anda semua, kalau ada hutang, sila tuntut ye..

sekian dari wakil diri sendiri-
-moga Allah redha-

Sunday, January 13, 2013

mereka diuji

assalamuaikum..
alhamdulillah selamat tiba di PPUKM yg tercinta setelah bermusafir 2 minggu di Hospital Permai, tampoi, Johor..
positng psychiatry memberi kesan yang sangat banyak dan dari pelbagai segi.
at OT room playing with this kids


adab menumpang
 kami ditempatkan di sebuah asrama yang sangat baru..bilik yang sangat besar, selesa. ada pantry, bilik jemuran dan bilik TV.. alhamdulillah.. bersyukur sangat.. bila menumpang, kita haruslah menjaga adab kita seperti tidak berbuat bising, TV pasang volume 4, tidak menghempas pintu, tidak meletakkan kasut di luar bilik, tidur sebelum pukul 10, tidak boleh keluar selepas pukul 6 pm.. minta maaf kepada
 warden dan kak OT sebab saya sebut benda buruk tentang kamu..tak sempat nak minta maaf.. :(

ward
semua muka stress masa main ni..huhu..ni student yang main..bukan patient
ada wad daisy, blossom, hazel, iris, clove... semuanya luas2 belaka..hospital ni baru lagi..hospital lama sudah tidak digunakan.. di dalam wad, ada bilik riadah, bilik bacaan, ada taman untuk patient jalan-jalan dan pagar yang sangatttt tinggi.

penghuni
cantiknya!
patient mewarna..gigih sgt!
penghuni wad mestilah 'pesakit'. apa yang dilakukan oleh penghuni di situ selain dari makan dan tidur?? bergantung pada wad juga.yang unik di wad clove adalah setipa pagi lepas sarapan, mereka akan ke taman di depan wad dan akan menyanyikan lagu negaraku dan lagu patriotik yang lain..selepas itu, mereka akan bersenam beramai-ramai.. ada yang ok, ikut la..kalau tak, ada yang buat yoga, tai chi dan senaman gaya bebas!! aktiviti kesukaan penghuni di setiap wad adalah makan!! kedua kesukaan adalah karaoke. bila student ada, student menunjukkan bakat masing-masing..boleh tahan sedap.. selain itu, penghuni kebanyakkannya dengan dunia sendiri, tidak pedulikan apa yang berlaku di sekeliling. kalau pesakit yang dah hampir sembuh dan makan ubat, kami akan interview pesakit. yang penting build rapport.. tanya soalan basic tentang aktiviti seharian dahulu seperti dah makan ke?, makan apa?, dah makan ubat?, kat sini suka buat apa?, best ke tinggal sini?, ramai kawan?, umur berapa?, ada mak ayah?,
kemudian baru tanya 'kenapa masuk sini?' 'dengar suara tak?' klu dia kata ada, kita tanya 'suara laki ke perempuan?, muka dia macam mana?, ramai ke sorang?. dia cakap apa?'..
kemudian, bagi dia kertas dan pensel untuk dia melukis kalau dia ingat.
soalan yang berat ditanya ialah 'dah kawin?'..lepas soalan tu, kita pulak akan ditanya kemudian akan ada series of question regarding that issues kemudian diikuti oleh tazkirah ringkas yang diberi oleh penghuni di situ,,terima kasih..

ramai penghuni di sini mengalami Schizophrenia. ada satu kes saya jumpa OCD. BMD pun ramai.

sukaneka..at this time I was in canteen handling food as 'mak cik kantin'!
 diriku

bagi pendapat aku, kita kena pandai bawa diri di tempat orang. hormati orang dengan memberi salam, maniskan senyuman, jaga batas pergaulan, jaga mulut(jangan jerit, ckp lemah lembut, sopan, tidak menyakiti orang lain, guna bahasa yang sopan).. tapi kalau senyum manis sangat, kena ngorat pulak... during posting, i have receive a text that my grandma had an incident but i couldn't back to pahang because i'm at johor!..i just give him a call and i realize that even i am a nurse, i couldn't stay and taking care of them.   so, i when people asking me why i take nurse as my profession, the answer 'i want to take care of my family' will be deleted.  i will answer that 'i am chosen to take care of the sick and needed people and i know that i am special. Allah has choose me'

keluarga angkat
alhamdulillah kerana diberi keluarga angkat yang sangat baik..sabtu ahad, saya diambil oleh ibu dan ayah untuk dibawa pulang ke pasir gudang.. dapat jumpa adik-adik yang insya Allah anak yang soleh dan solehah..aiman dan nabila..dan semoga ibu ayah dapat menunaikan umrah pada tahun ini.. hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa ibu ayah dan sekeluarga..
outing

dakwah
semoga Allah mengampunkan aku.. i didn't do much.. gugur kewajipan solat bagi mereka yang 'gila'.. semoga Allah tempatkan kita ke dalam syurga dan jauhkan kita dari api neraka..amin...

patient's art
program with patient at last day in hospital permai
bilik ECT
terima kasih kepada abg arif dan keluarga kerana memberi kami makanan fizikal dan rohani..semoga murah rezeki dan semoga berjiran di syurga!
puan nora menerangkan tentang pesakit yang bekerja
credit to nur farini for this picture..maaf gambar di sana-sini :)